3rd day kat Kuching, kami nak ke Bako National Park. Check out dari Fairview Guesthouse pagi ni. Lepas settle, cari sarapan di area Satok. Makan di Restoran Selera Fatima. Agak lembab ya service pepagi hari, mintak nasi lemak pun nasi lemak tak masak lagi...ada ka patut...dah jam 9 pagi kot...last-last kami makan je la apa yg ada...mee goreng, nasi goreng, mee kolok..selesai makan, bergerak ke jeti bot nak ke Bako. Sampai situ lebih kurang jam 10. Tapi 10.30 baru naik bot. Cuaca agak baik pada mulanya...tapi lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke Bako National Park (BNP) tu langit gelap, hujan makin lebat dan ombak makin besar....mmaaakkkk takutnya....sepanjang 10 minit tu jugak lah aku pejam mata rapat-rapat. Tak sanggup bukak mata sebab kalau bukak mata, aku makin panik dan makin takut...aku ni memang dah takut dengan laut...macam-macam la datang kat fikiran aku masa tu...what if bot terbalik, aku mati lemas? issshhh Nauzubillah....
Sampai lebih kurang 10.50 pagi. Tapi sebab air surut, maka terpaksalah bot menurunkan penumpang di tepi pantai saja...jauh jugak ler nak menapak dari tempat turun nak ke kantin tu..bilik tak boleh check in lagi, maka kami tinggalkan beg di Registraion, siap-siap untuk trekking. Kami akan ikut Trail ke Air Terjun Tajor. Lebih kurang jam 11.30 kami dah start untuk trekking. Trek dia mcm biasa la..ada turun naik..cantik sangat! Dah kata trek lalalalalala kan...so sambil jalan sambil bergigam..sambil bergossip..kih kih kih ... aku macam biasalah...kalau trekking mesti nak duk belakang...so aku jalan dengan CK, Alin and Dell...sambil jalan menikmati suasana hutan...memang menyamankan...
Kami trekking lebih kurang 2 jam...sampai di Tajor Waterfall lebih kurang jam 2.30 petang. Apalagi diorang pun ddduuushhhhhhh terjun dalam air terjun yang best tu...aku tak turun la...duduk melepak kt tepi sambil tengok diorang berendam ajer...kejap ajer lah kat sana...about 50 minit ajer, 3.20 petang kami dah bergerak nak keluar. Aku, Dell, Alin & CK..tidak lah awal sangat cuma awal 15 minit saja kot awal dari yang lain-lain tu...knowing that aku memang sentiasa lambat bila trekking, so aku decide nak jalan dulu...
Trekking turun tak lama lebih kurang sejam setengah sahaja. Jam 4 petang dah sampai. Air dah pasang. Yang lain-lain tiba lebih kurang 20 minit kemudian. Lepas semua dah selamat sampai, check in bilik masing-masing. Aku, Dell, Tess stay kat Chalet 1Room 2...kami sungguh lapar sebab start trekking tak lunch pun, turun dah petang. Ingatkan dah boleh dinner tapi food tak ready lagi by 6.30pm..so balik bilik balik dulu lah untuk mandi.
By 6.30pm dinner. Whatever food available looks yummy to the hungry stomach :-) . After dinner, duduk lepak dengan budak-budak ni main game...damn! kelakar giler okay...
11pm lights off...
The next morning, nothing much happening. Nak trekking tak cukup masa sebab by 11am dah nak check out from the resort. The weather is very nice..yeahh..before balik tu, boat pusing ke sea stack stone...very nice! sampai kat terminal bot almost 1pm. Aku, Nurin & Tess tumpang kereta DF untuk ke airport sebab flight kitorang awal jam 5 lebih. Sebelum ke airport, shopping kek lapis dulu kat Waterfront, then lunch dia kedai nasi kandar di Satok. Lepas tu baru proceed ke airport.
Tell you what..the TV3 team yang same flight with us masa datang hari Jumaat tu pun same flight again with us...hehehehe....
Touched down klia about 7.30pm.
Summary of this trip : Penat but fun. Weekend yang penuh "CERITA"...yes..cerita yang padaku agak kelakar...kerana ketidakmatangan menangi isu. Seriously, I am disappointed but at the same time I feel like laughing my heart out. Manusia...manusia...berbagai ragam!
To those who may concern (you know who you are)...sila lah bersabar! I heart You...hehe and will always be there for you...
in the boat..on the way to Bako National Park. This time the weather still okay :-)
Baru saja sampai...
ok..kita ikut trek ni...
This way, ladies and gentlemen...
what a nice trek...just loving it..
nice posing huh...
Arrived at the destination...
aik..yang dua orang tu nak trekking lagi ke? udah2 la tu..jom balik..
nice eh..Gunung Santubong...
agak-agak apa yg dua orang tu tgh kira?
one of the games...
The Cafe..
Sea stack stone...
0 had said something...:
Post a Comment