Monday, December 27, 2010

KOMA di Gunung Chabang

It's been over 1 year since my last daki mendaki trip. It was my second G7 i.e Yong Yap. I didn't hike until this Gunung Chabang.

Mula-mula memang dah tak nak mendaki. Dah taubat kata orang..hehe..

Zana buat trip Gunung Chabang ni untuk latihan kepada orang-orang yang akan menyertai Tran TT tahun depan. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba bagitau Zana kata aku nak ikut sekali trip Chabang nih...OMG! what has I got my self into? then lepas tu start lah training sikit..lari-lari. Takut jugak lah lepas baca review pasal Chabang ni dalam blog orang. Trek nya mencanak.
That's so not my game....eerrrmmmm...

Kami berlepas Jumaat malam ke Simpang Pulai. Jam 11.45 malam semua dah sampai di PETRONAS Simpang Pulai, RV kat situ untuk ambil ration masing-masing untuk di bawak. Sejurus selepas itu semua bergerak ke kaki gunung. Sampai ajer, siap-siapkan barang untuk trekking pagi esok, goreng ayam untuk lunch esok. Almost 2 pagi masing-masing tidur. Kami tidur dalam kereta ajer lah..malas nak bukak khemah..lagi pun tidur pun tak lama, jam 6 pagi semua dah bangun. Siapkan sarapan,siapkan barang-barang segala.

Jam 8 semua dah ready untuk trekking..trek melalui perkampungan orang asli..tak lama sekejap ajer..lebih kurang 5 minit gitu..then trek melalui sungai..selepas itu trek mencanak bagai tiada maaf bagi mu...hehehe...first half an hour, aku macam nak pitam..mana taknya...terus jumpa trek mencanak...nafas hampir-hampir semput, macam nak pitam, pergerakan semakin
perlahan. Tongkat sakti pulak lupa nak bawak..haish...Aiman bawak beg aku kejap sementara aku dapatkan rhythm mendaki tu...after a while, get used to it..slow-slow jalan lah...trek tak payah nak berangan landai la...kalau ada pun sikit sangat...trek menurun pun sikit sangat.

Kami sampai di sungai besar yang ada air terjun best tu lebih kurang 10.15am..kat sini cuma take 5 ajer sebelum meneruskan perjalan mendaki trek yang memang mencabar mental apatah lagi fizikal aku. Trek terus menerus mencanak all the way up sampai lah ke water point terakhir. Kami sampai di water point terakhir lebih kurang jam 2 petang..Believe it or not, we are 1 hour
ahead of the plan schedule...weeehhuuuu...tak sangka pulak kan...

Plan asal, akan bermalam di puncak. Kami cuma singgah untuk masak dan makan tengahari di water point terakhir dan akan memulakan pendakian ke puncak pada jam 3.30 petang. Cuaca agak okay pada mulanya, setelah itu seperti gerimis pulak...tak apa lah...mungkin sekejap ajer kot...aktiviti menyediakan bahan-bahan untuk memasak di teruskan. Ada yang membersih kan diri, ada yang bersolat, ada yang nak memasak. Tak lama, hujan semakin lebat! maaaakkkkk....tolong! bergegas la mencari fly sheet bagai...pasang pun lebih kurang ajer...semua orang kesejukan yang teramat, menunggu mihun sup yang sedap yang sedang di masak.

Hujan bagai kan tak mahu berhenti...abis tu macam mana nak meneruskan pendakian ni? trek harusnya licin sebab lepas hujan, beg bertambah beratnya. Maka ketua pendakian kami memutusakan setelah mendapat persetujuan semua untuk bercamping di situ sahaja dan akan shoot ke puncak awal pagi esok. Yeaaayyy!!! resting time...nak mandi, tak tahan dengan bau
busuk, kotor dan berselut aku nih..naik kan kehmah sebelum itu.

Lepas mandi semua, siapkan makan malam pulak. Sungguh mewah makannya, ada gulai ikan masin, telur dadar, ikan masin. Untuk suasana hutan tu..memang dah tahap mewah giler dah tuh...biasanya makan biasa2 ajer..sardin, brahim etc. Selesai masak...makan
time...weeee..best..best...selesai makan semua, some buat preparation untuk breakfast esoknya pulak. Some rehat-rehat. Aku pulak dah mengantuk amat, badan pun dah letih...so masuk tido
dulu..

Tempat camping kami ni tak ada tempat lapang sangat, tempat berakar dan di lereng. Jadi khemah pun di tempat berlereng, tidur malam atas akar kayu, maka tidak lah selesanya...memang tak boleh tidur lansung, kejap-kejap sedar sebab meleret ke bawah. Kata Ash yang tidur di bawah fly, dia dengar la ada suara membebel dari khemah aku, Dell and Azi..aku la tu kot yang duk membebel sebab tak boleh nak tidur...hehehehe...

Oh, suasana teramat sejuk tahap gaban...aku pulak tak terfikir nak bawak sarung tangan...tapi nasib baik ada stoking..

Kamai terjaga dari tidur yang tidak lena tu lebih kurang jam 4.15 pagi..sebelum tu dah ada alarm clock bergerak dah menggerakkn kami i.e Ijoi dan Aiman...Plan pagi ni, kami akan shoot ke puncak jam 5 pagi..

Selepas siap-siapkan makanan sarapan pagi, packing air kejayaan masing-masing, bawak apa-apa yang patut, maka pendakian menuju puncak diteruskan. 5.15 pagi kami bergerak. Dalam kegelapan pagi,mendaki lah kami. Tepat jam 6 pagi, sampai ke permatang untuk bersarapan dan melihat matahari terbit. Melihat suasana pagi di atas puncak gunung, melihat ciptaan Ilahi...Masyaallah..perasaan yang tidak terungkap oleh kata-kata.

Hehehe semasa di sini, diorang menyanyikan lagu Hari Jadi untuk aku...so sweet! Yes, it is my 32nd Birthday...it's so special because I celebrated that on top of a mountain...How many times
I could do that kan?

Setelah matahari terbit, jam 7.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke puncak. Sampai di puncak Chabang pada jam 8 pagi. Di ketinggian 1711M dari aras laut. Di puncak memang tak ada view lansung, cuma ada satu beirut ajer. sempat lah bergigam bagai...maklumlah..KOMA ni kalau tak bergigam memang tak sah la kan. Lebih kurang sejam lah kami di puncak...jam 9 pagi
, kami teruskan perjalan turun dari puncak ke camp site. Sampai di camp site jam 9.30 pagi.

Berkemas, turunkan khemah, turunkan fly, kemas tempat camping and getting ready to meneruskan perjalanan pulang...tepat jam 10.20 pagi, kami mula jalan...trek agak basah, lembab dan licin sebab hujan pada hari sebelumnya.

Well, as usual..sepanjang perjalanan turun tu adalah aksi-aksi terjatuh oleh some of the people (me included...hehe)...perjalanan turun ni menyaksikan agak kurangnya lagu-lagu yang
didendangkan oleh sahabat2 aku...agaknya masing2 berhati-hati dengan langkah. Masa mendaki naik hari sebelumnya, seperti biasalah, ada radio bergerak menghiburkan aku..cakap ajer nak lagu apa..semua ada :-)

Ok, sebelum sampai ke sungai air terjun tu aku terjatuh dengan hebatnya...dah tergolek dah...lengan kanan dah bengkak sikit dan lebam yang agak panjang...eerrmmm..lama la nih nak sembuh jawabnya...

Sampai di sungai air terjun tu lebih kurang 12.15 tghari. Rehat lebih kurang jam 15 minit ajer. Abg Wazir (guide kami) kata dia target sampai ke luar lebih kurang 2 jam. Tepat jam 12.30pm, kami meneruskan pejalanan keluar. Sampai di luar jam 2 petang..Setengah jam awal dari perancangan...yeeeaaayyy!!! I made it....suka..suka...

Thanks to all members of the troop..zana,atan,amie,aiman,dell,alin,aini,akeem,azi,ash,raisa,ijoi. Special thanks to my buddies Aiman and Amie...hehehe...

Ringkasnya...

6 jam (8 pagi - 2 petang) dari jambatan ke last water point/camping site.
45 minit (5.15 pagi - 6 pagi) dari camp site ke permatang..yang ni zero load ok...if with load might be longer.
30 minit (7.30pagi - 8 pagi) dari permatang ke puncak Gunung Chabang.
30 minit (9pagi - 9.30 pagi) dari puncak Gunung ke Camp Site.
2 jam (10.20 pagi - 12.15 tengahari) dari camp site ke sungai air terjun.
1.5 jam (12.30 tghari - 2 petang) dari sungai air terjun ke jambatan

So, those yang nak mendaki Gunung Chabang, di nasihatkan untuk bermalam di camp site yang ada water point. Kalau bermalam di puncak, air memang tak ada lansung tambah dengan beban nak membawa air lagi. Maka seelok-eloknya, bermalam di camp site, shoot ke puncak pada awal pagi esoknya tanpa beban cuma bawak makanan untuk sarapan.

Oh bercerita pasal Chabang ni mesti semua orang tahu yang lebih kurang 2 minggu lepas ada sekumpulan pendaki yang sesat di sini. Diorang sesat masa perjalanan turun. Masa turun tu, ada dua jalan keluar...satu kiri dan satu kanan...but both jalan pun sebenarnya akan tembus ke perkampungan orang asli tu jugak.

Well...that's it for my recent adventure...here's few pictures..

di puncak permatang..menanti matahari terbit.

sinaran matahari yang memancar...

Permandangan dari puncak Chabang...

6 had said something...:

Capri said...

Entry yg sangat menarik & very adventurous utk dibaca :)

yus.my said...

hehehe thank you en fadil! entry yg biasa2 ajer...

Dila said...

cayalah Kak Yussss!!! so leh la azam tahun baru, active naik gunung semula.. heeee..

yus.my said...

heeheheh nak aktif balik gunung yg biasa2 ok la kottt..klu G7 mmg tak grad dahh..hehe..

dochisyam said...

Hi Yus,
Happy new year.
What a beautiful view from the top.
I wish I share the same enthusiasm as the KOMA guyss in climbing mountains.
The view en route and at the final destination is always worth the effort.
See you and the LOMA guys at the races 2011!

yus.my said...

Hi Doc...Happy New Year to you too...hehehe comela one day hiking with us...

yeah..agree with you..the view en route and at the final destination is worth all the effort and hardwork...

Insyallah we'll see u in more races in 2011... :-)