Monday, March 30, 2009

My latest collection

Since the plan for skating & layang2 was cancelled, so we decided to go to Midvalley Megamall...shopping for bag...not hand bag ya...but hiking bag..


This is my latest collection after the Lafuma & Camelbak...My Deuter Aircontact

Daus' Karrimor Panther

Ijoi's Karrimor...eeerrmm...apa jenis tak ingat dh...

Not to forget Cik Puan Seri Nurin also got her new bag..exactly like mine...huhuhu...End up...all of us..walk out with a bag but not zana...huh..pandai dia promote kitorang beli beg tapi dia tak beli lagi...

Melawati 10K Run

Another running event for me after the Wild Wild Run. This time around 10 Kilometers around Taman Melawati KL. Adding another finisher medal to my collection.. :) finished the run in 1 hour 38 minutes. Ok lah for me because my objective was to finish the run within 2 hours...that's my pace lah..


Melawati 10K Finisher Medal

There were 7 KOMAites altogether for this event. It supposed to be 8 of us but unfortunately, Coco couldn't make it at the very last minutes. So there were Daus (otai Running a.k.a Boss Running), Adam the Sprinter, Ijoi, Zana the Iron Lady of KOMA, Nurin, Huda and Me..last but not least..our Team Manager of the day...Amie...

Flagged off at 7.30am. We were so lucky since it's still not hot and the track are okay (since it's in taman perumahan). It's just that I was suprised with so many hills..we were told by the organiser (masa ambil baju & nombor) there will only be one hill..but that's not one...i don't know how many..but a lot..ish ish ish...

As usually my pace will always be very slow..sometimes running, but most of the times..walking..hihihi..my aim was to finish what ever I've started regardless what ever means and get the finisher medal..but definitely in doing so I always ensure I'm not the last person to cross the finishing line.

Overall performance of KOMAites were good with Daus finished at 57 minutes. Then followed by Adam, Ijoi, Zana, Nurin, Huda & Myself..Despites the injury & pain...they still performed at their level best...Good job all...Anyway..we missed Aiman and Wan as they were unable to participate due to personal reasons.
The Runners

The Boss

After the calories burning..we head to gerai belakang rumah Aiman to top up the calories that we've burnt... :) breakfast time lah! As usual, the makan2 time was fun, filled with sharing stories and laughing. We head home after the breakfast & planned for the skating & layang2 at 5pm...ish..tak reti penat ke budak2 ni hah? :-p. Unfortunately it was raining & our plan for skating & layang2 was changed to shopping at Midvalley.
p.s: get new friend..Daud..kawan adam...dia pun ada lari2 masa Wild Wild Run...patut la mcm pernah jumpa je...hihihi...punya lah kecik dunia ni..daud ni pun staff kepada pakcik daus...ish ish ish...

Monday, March 23, 2009

Jawab ajer...tagged by Kak Zack ;-)

A.Three Names I go by

  • Yus ---- friends call me this.
  • Kak Long ---- my lovely family ajer yg panggil gini
  • Cik Yus/Kak Yus ----- of course la my beloved scholars.
B. Three Jobs I have had in my life
  • HRM Admin...kat department lama company yg sekarang ni la..
  • Desk Officer...job yg sekarang ni...
  • eeerrrmm...tak der dah kot...
C. Three Places I have lived
  • Kem Batu Tiga Kluang Johor.
  • Au3 Keramat
  • Ukay Perdana
D. Three TV Shows That I Watch
  • House
  • CSI
  • Ghost Whisperer
E. Three places I have been
  • Pulau Kapas
  • Illigan City Philippines
  • Greenhill Phillipines (bawak duit seguni pun tak cukup shopping kt sini....)
F. Three favorite food
  • Tomyam+Kailan ikan masin+telur dadar+nasi
  • Nasi goreng padprik
  • Bread Butter pudding
G. Three friends I think will repost
  • again..i think affan..
  • faz kot...hihihi
  • adam....yes..dia WAJIB jawab tag niii...huhu..
H. Three Things I am looking forward to
  • Gunung Tahan Expedition in May
  • December EVERY year..because it's my birthday month & my looooonnngg leave holiday..yyiiehhaa...
  • Genting Trailblazer 2009...ntah kenapa..may sebab it will be my first adventure race kot..
I. Three Favorite Drinks
  • Apple Kasturi
  • Teh o
  • Sirap Bandung

;-P ok kak zack...selesai sudah yaaaa....

5's Q&A - tagged by Adam

1. What were you doing 5 years ago???

eerrrmm 5 tahun lepas yer? 2005 la kn...aku masih bekerja lagi di company ni tapi department lain lah. Baru ajer kerja 4 tahun...Masa tu aktif dengan sekretariat sukan...so kenal ramai orang melalui itu lah...eerrmm apa lagi ek..masa tu tak der nyer nak beraktiviti luar seperti skg ni...masa byk dihabiskan dirumah shj...tak kira lah weekend ke cuti ke...yg tahu cuma office & rumah...

2. What were the 5 things on your to do list today???

  1. hantar list untuk STE/OBS kat normin
  2. siapkan presentation slides CoC
  3. Baca email, reply email.
  4. Update aktiviti log KOMA
  5. baca blog & update blog.

3. What were the 5 snacks that you enjoy???

  1. keropok lekor (snacks ke ni ekk?)
  2. Kit Kat
  3. Snickers
  4. pop corn
  5. apa2 shj yg aku rasa nk makan..hiihihi..
4. What are the 5 things that you do it if you are a billionnaire???
  1. beli rumah...hihi
  2. beli kereta.
  3. bina masjid.
  4. invest
  5. simpan

5. Who are the 5 person you wanna tag???

  1. Affan - tah dia nak ke tidak jawab ni...hihihi
  2. fazser
  3. ntah
  4. tak
  5. tahu saper....

ok adam...setel ekk... ;-p

Sunday, March 15, 2009

TAHAN Training

Lagi satu aktiviti outdoor aku dengan budak-budak KOMA ni...Centralised Training untuk Gunung Tahan cum camping di Sg Pisang. Plan asal untuk ke Sg Congkak, tapi saat akhir Sg Congkak terpaksa dikeluarkan dari list atas sebab-sebab keselamatan dan ditukar ke Sg Pisang...ini kali kedua aku ke Sg Pisang.


Yang ikut trip kali ni adalah......



Jai a.k.a Papa Jai a.k.a Pengetua KOMA, Zana a.k.a Cikgu Kokurikulum KOMA a.k.a Iron Lady KOMA, Cik Amie a.k.a Cik Editor Majalah Sekolah KOMA,En Ijol (yg jarang sekali missed aktiviti KOMA), Aiman Lefty a.k.a En Editor Majalah Sekolah KOMA, Ayin a.k.a KOMA Junior a.k.a Bakal Runner KOMA, Cik Nurin a.k.a Ceti KOMA dan juga aku laaa...so semuanya 8 orang...

Aku singgah pick up Nurin kat rumah jam 7.40am dan terus ke RV point biasa kami i.e PETRONAS Tmn Melati. Jai & Ayin dah ada..zana pun baru sampai. Selepas itu, terus sahaja ke tempat breaksfast di mana Aiman, Ijol dan Daus sedang menunggu. Sewaktu sarapan, jai bagitau nak tengok cara kami packing barang-barang. "tak nak ek bergantung2 kat luar..semua kena dalam beg.." kata jai. Alamak..beg yang aku bawak ni dah lah comel je...ish nasib baik la jugak ada beg aku kat rumah amie..fuh..selamat...Lepas breakfast, ke rumah amie utk simpan kereta & tukar beg. Perjalanan hanya mengambil masa kurang setengah jam ke Sg Pisang.

Perkara pertama kena buat...susun barang dalam beg...kena masukkan SEMUA barang dalam beg..tak nak bergantung-gantung kat luar...eerrmm...mcmana nak sumbat ni?

antara barang-barang yang kena bawa..segala kelengkapan untuk Paintball...

Setelah berhempas pulas menyusun barang di dalam beg...ini lah hasil2nya...tiada dalam ini gambar ialah Jai & Aku lerr...

Setelah siap semuanya, kami meneruskan perjalanan dan ia mengambil masa lebih kurang 30-40 minit ke tempat perkhemahan kami. Masa nak angkat beg tu...alamak! beratnya...macamana lah nak ke Gunung Tahan selama 8 hari dengan beban yg sedemikian? aduhai..

Mampukah aku memanjat Gunung Tahan yang 30x ganda lebih curam dan tinggi dari tangga ini


Perkara pertama yang dibuat seperti arahan Jai, keluarkan semua barang dari beg & letakkan di atas ground sheet.

Makanan tengahari kami - Brahim's....mampukah aku telah ini untuk 8 hari? jgn kata 8 hari, sehari pun aku rasa dah tak diterima dek tekak dah..huhuhu...

Selesai makan tengahari dan solat..next mission kami....main Paintball...yyiieehhaa...Best giler main paintball dalam hutan...

Lepas main paintball, back to our camp site. Bersihkan diri, mandi and ready utk masak makan malam. Cuaca semakin mendung, hujan mencurah2. Mula2 sikit saja tapi semakin lebat. Habis lah 2 khemah "tercedera" i.e Jai's & Aiman's. Cuak jugak kalau lah hujan makin lebat dan tak berhenti. Nasib baik lah tempat berkhemah kami tu agak tinggi dari sungai. Kalau tak....

Esoknya, jai mengajar cara nak mengisi barang2 dalam beg. Penting untuk tahu teknik mengisi barang dalam beg sebabnya tak kena gaya mengisi barang...seksa lah jawabnya nak membawa beg. Sesi bersama jai lebih kurang sejam sahaja, then diroang sambung main paintball. Sbb nak habiskan palet. Aku dah tak larat nak main lagi...tangan yg cedera pun tak ok lagi..tak nak la cari nahas..

Selesai paintball, acara mengemas packing barang. Kali ni beg yang aku bawak rasa ringan sikit compare dengan masa datang. Sbb dah susun betul-betul. Tepat jam 12 tghari, kami keluar dari tapak perkhemahan. Sampai di luar jam 12.40 tghari.

Itu sahaja catatan untuk kali ini..

Note: Aiman's posting.

Monday, March 09, 2009

Cerita ku dihari 8 Mac 2009

Ahad, 8 Mac 2009...pasti aku akan ingat selamanya kerana peristiwa-peristiwa yang mengisi hari aku sungguh memberi kesan kepada aku...mari kita susuri satu persatu...

Pagi: WILD-WILD RUN ZOO NEGARA

My first ever competitive running event! tidak pernah sepanjang hayat aku masuk larian ni..kerja gila namanya ini... :)

Seawal jam 4.30pagi ahad, aku bangun dan bersiap. Jam 5.40 pagi sampai di rumah ijoi dan seterusnya perjalanan diteruskan ke arah Zoo Negara. Kami berhenti subuh di PETRONAS MRR2. Usai bersolat, terus ke Zoo. Bau binatang menyambut ketibaan kami. "alamak kak yus, kita nak berlari dengan bau mcm ni ke nanti?" kata ijoi. "hahahha, nampaknya gitu lah.."jawab aku.

Kami terus ke meja pendaftaran untuk mengambil nombor. "ish...ni kerja giler ni ijoi...pagi-pagi hari ahad nak berlari dalam zoo..."aku berkata kepada ijoi. Ijoi hanya mampu tergelak. Selesai memakai nombor di baju, kami masuk ke dalam zoo untuk ke tempat berkumpul. Melihat peserta-peserta lain yang ada buat aku lagi cuak...Otai-otai semuanya...Ijoi & aku berlari2 anak untuk panaskan badan sementara menunggu waktu untuk memulakan larian...

Jam 7.40 peserta-peserta dilepaskan untuk berlari sambil menikmati suasana pagi di Zoo Negara..larian yang perlu dilakukan adalah sebanyak 5 pusingan. Satu pusingan bersamaan 1.85km...hahahaha..pusingan pertama selepas 100m pertama lagi aku sudah berjalan sebab tiba-tiba track membukit..seorang demi seorang peserta memotong aku...tak apa..aku bukan nak mengejar tempat yang penting aku habiskan larian.

Sepanjang larian, ada seorang budak lelaki cina juga berjalan kadang-kadang berlari bersama ayahnya. Kelihatan kadang kala si ayah mememujuk si anak berlari. Kadang-kadang mereka dihadapan aku, kadang-kadang aku dihadapan mereka. Ada satu ketika itu ketika si anak sudah malas untuk berlari, terdengar si anak berkata "why these people so fast?". Aku hanya mampu tergelak di dalam hati...macam-macam budak ini kalau sudah malas untuk berlari. Aku meneruskan larian aku dan kadang-kadang berjalan. Dalam hati aku berkata "competitive running event is not for me!". Rasa menyesal pulak dah register untuk Melawati 10K Run tu hihihi.

Bila aku sudah mahu masuk pusingan ke empat kedengaran organiser berkata "ok..425 your final lap" dalam hati aku berkata "final lap?eerrmm...okay..". Aku meneruskan larian sehingga dengan memikirkan lagi 2 pusingan perlu dihabiskan. Sehabisnya pusingan keempat, organiser menghulurkan kertas kuning kepada aku bertulis D17 dan berkata larian aku sudah tamat. "Eh, dah habis?" kata aku dalam hati. Oh, rupa-rupanya, untuk kategori wanita hanya empat pusingan perlu ditamatkan. Fuh..lega..dah habis...Aku berjaya tamatkan larian dengan 72:20 minit. Ok lah tu utk first timer macam aku yang memang cuma berniat habiskan larian. Untuk keputusan penuh, http://pm1.blogspot.com/2009/03/der-wild-wild-run-result.html.

Selesai acara kami di Zoo Negara, acara sarapan pagi pula bersama daus & aiman di Ampang. Lapar yang teramat sangat. Usai sarapan, kami membuat keputusan untuk ke The Curve. Isnin cuti, so apa lagi lalala la..aiman & daus siap buat plan nk jogging bersama fariz kemudian malamnya berboling di Ampang.

Petang: THE CURVE,MUTIARA DAMANSARA


Bila sudah bosan....

Kami berempat (aku,aiman,daus & ijoi) sampai di The Curve lebih kurang 12 lebih. Jalan-jalan kejap sementara menunggu kedatangan adam. Adam tiba lebih kurang 1 lebih. Then pergi lunch kat Ayam Penyet, The Curve. Selesai lunch, kami zohor. Eerrmm apa lagi nak buat ya...jalan-jalan je lah sekitar Curve, Ikea. Masuk kedai tu, masuk kedai ni. Plan nak tengok wayang, tapi timing pulak tak best. Sebabnya jam 5.30 petang dah berjanji dengan fariz untuk ke rumahya.


Lebih kurang jam 4.45 petang, ke surau untuk Asar dahulu. Lebih kurang jam 5 petang, kami semua berkumpul semula. Aiman excited bagitau ada sales kamera/memory card dekat kedai Bintang Maju tu. Jalan2 kejap, tengok2 kejap. So aku decide nak beli micro XD card 4G untuk kamera aku. Bila nak bayar tu...jeng jeng jeng...aku cari purse aku tak ada...Ya ALLAH mana pergi purse aku ni...aku panik..memang teramat panik ALLAH saja yang tahu perasaan aku. Lantas aku bagitahu aiman & adam. "Tertinggal kat kedai yang kita minum tadi kot kak." kata adam & aiman. Berlari pantas mereka ke kedai tersebut. Manakala aku masih lagi mencari2 ke mana hilangnya purse aku. Memang sah tak ada...hhuuwwaarrgghhh....tension nya aku! aku tak pasti hilang kat mana..tertinggal ke..kena curi masa kat surau ke..aku tak tau...

Masa di surau untuk solat, memang aku tinggalkan beg tak sampai seminit pun, then beg itu aku cover dengan tudung aku. Memang tak nampak mencurigakan kedudukan beg aku. Seingat aku, selama aku di surau sebelum & sesudah solat memang aku tak nampak ada orang yang mencurigakan. Semuanya sibuk untuk solat. Tapi siapa sangka kan...

Aku pasti purse aku hilang kena curi sebab coin purse aku pun turut hilang. Coin purse itu tidak pernah aku keluarkan dari handbag jadi keberangkalian untuk tercicir tidak ada. Setelah aku sahkan purse aku hilang, kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis di pondok polis Mutiara Damansara.

Tengah menulis report polis sambil diperhati oleh Aiman

Aku bernasib baik sebab cash dalam purse & coin purse tu tidak lah banyak..lebih kurang RM150 sahaja sebab aku dah bayarkan Melawati 10K Run sebanyak Rm200 dan aku bayarkan lunch tadi RM75. So sikit sahaja cash yang ada. Kad Kredit juga tidak terdapat dalam purse aku itu. Dokumen yang paling penting dalam purse itu hanya IC dan lesen memandu selain daripada 2 kad insuran. Ish dah lah aku baru sahaja renew lesen untuk 2 tahun..ish ish ish..Leceh lah nanti nak pergi buat IC dan lesen.

Sungguh penat aku lalui hari ini, insiden kehilangan purse ini yang membuatkan aku terfikir...apakah mungkin aku pernah terambil hak orang tanpa izin, maka Allah menguji kesabaran aku dengan kejadian ini - dengan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Ya Allah...ampunkan hamba mu yang lemah ini...

Urusan selesai lebih kurang jam 6 petang. Sudah tidak tahu ke mana lagi, lalu kami balik semula ke Tmn Melati untuk makan malam. Usai makan malam, semua pulang untuk solat maghrib dan setelah itu, program seterusnya menanti...Bowling time! Aku terus ke rumah Nurin dan maghrib disitu. Walaupun aku masih sedih dengan insiden yang berlaku di The Curve aku tetap jugak nak happy kan diri aku...benda dah nak jadi..nak buat macam mana...take that as lesson learnt.

Malam - Bowling at Ampang Point

Bowling kali ini disertai oleh Daus, Aiman, Ijoi, Adam, Nurin dan juga aku. Seronok jugak bila kami berenam berboling ni...macam-macam gaya...Adam konon katanya tak boleh nak main dengan house ball...but still managed to score highest point. Ijoi dengan gayanya yang tersendiri bila stike & spare. Aiman dengan insiden bola boling terkena kaki. Macam-macam..adik-adik aku ni...Rasa-rasanya, gelak ketawa kami lah yang paling gamat sekali. :)Sekurang-kurangnya bila bersama-sama mereka, reda sikit sedih hati aku...they just know how to make me smile & laugh. Thanks all...

Kami selesai bermain bowling pada jam 10.40 malam. Then, ke kedai mamak untuk supper. Tak lama kami melepak sebab masing-masing penat...lebih lebih lagi aku & ijoi lah. Lebih kurang 11.30 malam kami bersurai. Masing-masing membawa haluan masing..

Secara keseluruhannya, tanggal 8 Mac 2009 memang hari yang penuh makna bagi aku.