
Satu lagi gunung aku tawan~Gunung Bunga Buah di Genting Highland. Trip kali ini cuma empat (4) orang sahaja yang ikut~~Diketuai oleh Cikgu KoKurikulum KOMA-Zana, aku, wan dan assan. "Oklah, empat pun kita kayuh ajer lah..." kata zana pada malam sebelumnya.
Zana memang sudah berada di Genting pada hari sabtu, kerana menghadiri family day unit dia, jadi aku menaiki bas ke Genting dan malam itu kami bermalam di Awana. Giler murah room rate, cuma RM160 sahaja. :)
Hari esoknya, Ahad 22 Feb. Selepas bersarapan hanya sepinggan nasi lemak, terus menghala ke Seri Malaysia Genting. Kami akan memulakan perjalanan dari belakang hotel tersebut. Sebelum jam 8, Wan dan Assan sampai.
8.05am
- Tanpa warm up..pendakian dimulakan... Ada dua jalan untuk ke Gunung Bunga Buah (GBB). Satu jalan kebun sayur, satu lagi jalan meredah bukit. Jadi kami ikut meredah bukit untuk ke jalan tar sebelum ke jalan denai. Punya lah payah meredah sampai zana jatuh dan sebagainya. Akhirnya sampai lah ke atas jalan tar tu. Punya lah bengang bila tengok ada satu lagi group chinese yang lalu ikut jalan tar ajer dari awal..."waahh..you all ikut sini meh?" tegur salah seorang dari mereka. kami hanya tersenyum.
- Mukaddimah sahaja sudah sejam. Belum masuk lagi GBB ini. "Betul-betul mencabar minda ni" kata aku dalam hati.
- Punya mencabar sejam pertama ini apabila Zana tiba-tiba tergelincir dan jatuh dari tebing yang agak tinggi.
"Alamak...zana..." aku tercengang memandang zana yang sedang kesakitan.
"kau ok ke zana? kalau tak kita patah balik aje..." wan bersuara risau.
"aku ok.."zana membalas.
9.00am
- Kami sampai di jalan tar.
-Ada 2 kumpulan lagi yang mendaki hari ini. Agak ramai orang dari kumpulan2 ini. Seperti kebiasaannya, pertanyaan yang selalu akan ditanya oleh orang kepada kami.."Which College are you from?"...eerrrmm...again? :) budak2 ni comel sangat...nampak macam budak2 kolej...hihihi..
- Perjalanan di teruskan melalui jalan denai dan seterusnya akan sampai ke Pintu Rimba. Kaki bukit GBB lah ni kot..
10.00am
- Kami Sampai di Pintu Rimba.
- Bersedialah untuk cabaran yang sebenarnya...mula-mula uphill...eerrmm kemudian, downhill..."ish ni ayik down hill je ni...bila nak uphill ni? masa balik nanti ni seksa ni..." kata wan & assan yang berada di hadapan. Seperti biasa zana menjadi sweeper lah..menemani aku yang lembab ni.."no worries...uphill is coming...soon.." kata salah seorang dari kumpulan pendaki lain.
- akhirnya, tiba untuk uphill. Sekali sekala trek landai, kemudian downhill sikit, kemudian uphill lagi...seperti biasa, bila trek landai atau downhill, aku akan laju sikit. Tiba masa uphill..ooppss..gear aku pun rendah lah..sudahlah aku terlupa membawa tongkat sakti aku...seksa nyer la hai bila tiba masa uphill.
- Sepanjang perjalanan, Zana seperti biasa menjadi motivator aku..."sikit je lagi yus.." "jangan berhenti lama-lama yus..jalan..jalan.."
- Salah seorang pendaki dari kumpulan lain menegur "you ni Personal Trainer dia ke?" persoalan dituju kepada Zana. Hihihi..iye lah..selalu sangat Zana memotivasikan aku sepanjang perjalanan.
- Aku dah hampir give up, energy level is going down. Tapi aku teruskan juga sebab sudah half way through dah. Takkan aku nak patah balik kot. "You can do it yus..go..go.."
- Bercakap tentang gunung, kita tidakkan lepas bercerita tentang pacat. Some times last year, kami ke Corezone, bershopping lah..then masa borak2 dengan orang kedai Corezone, kami bagi tau lah akan ke Gunung Bunga Buah. "oohh Gunung Bunga Buah, got flying leeches..." siap dia buat aksi lagi..silap besarlah bila dia berkata-kata didepan Ratu Pacat i.e aku lah tuh..Aku dah tercengang. "alamak!!!". Aiman dan Zana di kiri kanan aku dah tersengih dan terus meledak ketawa mereka.
- Yang peliknya, sepanjang perjalanan ke puncak, tidak pula aku kena flying leeches..tak seperti zana yang sampai ke dagu dia pacat singgah. tengok2 tudung putih dia dah berdarah dah..ish ish ish...
12.20pm
- Akhirnya!!!!! kami sampai dipuncak Gunung Bunga Buah. Alhamdulillah...satu lagi gunung yang berjaya aku daki...
- Kami berehat selama 40 minit sahaja. Cukup untuk menghilangkan penat lelah dan mendapatkan tenaga kembali.
1.00pm
- Perjalanan menuruni puncak bermula. Target kami, jam 4 petang sudah berada di bawah.
- Sekali lagi minda & fizikal aku tercabar. Uphill, downhill, mendatar...aaarrggghh...time downhill dan mendatar boleh lah aku berlari dan jalan laju. Bila time uphill ajer..aduhai...sakitnya kaki..maklum sahajalah...tenaga memang sudah tiada, yang ada cuma semangat sahaja nak keluar dari gunung itu.
- Beberapa kali aku tersadung, kedua-dua betis dah terasa sakit kerana tersadung kayu. Sah-sah lah nanti lebam ni. 3 kali aku terjatuh. Perit nya Allah sahaja yang tahu. Nampaknya title Ratu Jatuh Nurin aku pegang kali ini. Kali ketiga dan terakhir aku jatuh adalah ketika menuruni bukit yang terakhir di belakang kebun sayur. Kali ini jatuh yang amat hebat sehingga aku memang terus terduduk dan tak boleh bangun untuk beberapa saat. Terjatuh, hampir terbaring dan pinggang aku menghempap akar. Lepas duduk sekejap, aku okay lah..lagipun dah excited sebab nak keluar dari situ.
- 5 minit sebelum jam 4 petang kami sampai betul-betul2 di kebun sayur itu.
4.00pm
- Sampai ke tempat parking kereta....
Note:
1. Sewaktu perjalanan turun, sempat lagi Zana buat plan untuk pendakian bulan depan. Untuk ke Gunung Liang East & West. Aduhai, seksa yang ini pun belum berakhir, dah cerita yang akan datang. Tapi aku tetap excited. :)
2. Aku bersyukur sangat sebab wan okay sahaja. Takut jugak kalau kena marah dengan wan sebab aku ni lembap sangat berjalan.
3. Assan bagus. Walaupun ini first trip dia dengan budak2 KOMA ni, aku rasa dia memang best. hihihi...ayat biasa Assan.."nak coklat?"
4. Sepanjang perjalanan memang teringatkan budak2 KOMA lain yang tak dapat ikut. Kalau diorang ada..mesti lagi meriah...ada yang akan menyanyi, berposing sakan tu tak usah cakap lah kan..lepas itu mesti ada yang akan berlari menuruni gunung...siapa lagi kalau bukan hanuman-hanuman KOMA yang suka sangat berlari-larian itu.
5. Putting these hiking experience into real life perspective,
- the tracks (uphill, downhill, sometimes mendatar) are representing the challenges in life. You will sometimes feel happy, sometimes sad or disappointed or frustrated but you keep on moving.
- The peak is your objective that you want to achieve. Once you arrived at the peak, your hardwork are paid off & you know it worth all the effort.
- In achieving your obejectives, you need your family & friends to motivate & support you. With out them, life are meaningless and dull!
That's all for now.... :)