Friday, June 19, 2009

A trip to Maputo

Recepción a Maputo, República de Moçambique...It means, Welcome to Maputo, Republic of Mozambique...It's Portuguese language, the official language of Mozambique.

I was in Maputo - a capital city of Republic of Mozambique this week for International Students Selection for UTP intake in Sept. Many people don't know the existence of Maputo/Mozambique because whenever I updated my FB status stating that i'm off to Maputo..many of them will ask where is Maputo..hehehe...You can can find more information about Mozambique from the net...just google it... ;-p

Boarded the MH201 to Johannesburg at 0120am on 14th June. So mengantuk, masuk saja kapal terbang aku dah ready nak tido. Stewardess MAS yang layan aku ialah Agnes. Very nice lady and oh.. seorang lagi steward...Azuan..very handsome...*wink*... Always smiling...since you are in Business Class, they will address you by your name...that makes you feel even more comfortable during the flight...I couldn't really sleep during that 10 hours journey.

Touched down at Johannesburg at about 5.30am I guess..I couldn't really figure out the exact timing...Malaysian time was 11.30am. Our next flight to Maputo was at 0935am. Airport Joburg yang baru ini baru sahaja siap kerana 2010 South Africa adalah tuan rumah World Cup. Sesat jugak kat dalam airport ni..bukan sebab airport dia besar...tapi kami tak tahu nak ke mana lepas keluar dari kapal tu...end up beratur kat immigration then was told that we suppose to go to Internation Transfer counter...haih! after checked in for connecting flight - SAA142, South African Airways, we proceeded to the departure hall...still awal lagi, so aku melepak di SAA Business Lounge. Not bad lah...but of course not as big and cozy as Golden Lounge at KLIA..had my coffee and lepak2 tengok tv until 8.30am. On board the SAA142 at 9.15am. Business class dia not bad lah...get the special meal...samosa..hehehe best lah...Joburg to Maputo only 45 min. Lebih kurang KL-KB or KL-KT ajer...kalau drive, lebih kurang 7-8 jam...


Kt KLIA ada Aerotrain..kt Joburg naik bas nk ke kapal terbang..sama jugak kt Maputo pun..

Joburg from above


Welcome to Maputo International Airport

Sampai ajer aiport Maputo ada seorang lelaki menegur aku, lelaki yang sama naik bas untuk ke kapal terbang kat airport Joburg. Perbualan seperti berikut:

The guy : you ikut I ya...
Aku : oh ... ok..eerrr you Pet... jugak ke?
The guy : (dengan tersenyum) ha'ah...
Aku: I didn't get your name...
The guy: Amiruddin...
Aku: (dengan tersipu malu..) ohhh..En Amir...

En Amir adalah Senior Mgr PCSB Mozambique...Orang yang perlu aku jumpa sepanjang di Mozambique. Aku memang tak pernah jumpa dia...so aku mmg tak kenal dia...nasib baik lah aku senyum kat dia masa dalam bas kt Joburg tu...sbb muka dia melayu kot...hehehehe...kata En Amir, dia memang sengaja tak kasi his contact number to us sbb dia pun sama flight dari KL to Maputo dengan kitorang. So dia boleh tgk2kan kitorang.

Urusan visa di Maputo agak lama...sebab orang ramai...Kata En Amir...mungkin akan ambil masa lebih lama dari biasa...tapi Alhamdulillah dalam masa sejam lebih gitu kami dah dapat visa dah. Selesai di aiport, ke hotel untuk check in. Untuk tiga hari ini, kami menginap di Southern Sun Hotel, Maputo. Dulu dikenali sebagai Holiday Inn Maputo. Hotel di tepi laut. Cantik. Selesa. Pemandangan diwaktu pagi ketika matahari terbit, Masyaallah cantik. Tapi kata Mr Nunes (Staff PCSB Mozambique), pantai Maputo tak berapa cantik..ada lagi yang lebih cantik...

Selesai check in, kami ke Restoran Galaxy - restoran India muslim di Maputo. Untuk makan tengahari. Aku makan briyani udang. Hidangan untuk seorang boleh dimakan oleh dua orang...terlalu banyak...tapi aku rasa standard la tu kot untuk org2 Africa...aku makan separuh jer...tak larat lah nak habiskan...

BTW, ramai jugak orang2 dari India, Pakistan kat Maputo ni...kata En Amir, banyak kedai2, supermarket kepunyaan diorang sebab tu tak susah nak cari makanan halal di Maputo...even KFC kat sini pun halal.

Nampak sahaja sikit, tapi memang banyak...cukup untuk 2 org makan..kalau di Malaysia lah..



Southern Sun Hotel Maputo

Setiap hari pada 15 & 16hb - untuk makan tengahari dan malam adalah seafood...kalamari & udang...itu sahaja yang aku rasa aku boleh makan...lain2 eerrmm entah lah..Makan tengahari briyani udang..makan malam, kalamari & udang...hidangan nya seperti untuk dua orang makan..tidak terdaya untuk menghabiskan makanan.

Hari terakhir di Maputo (17hb), makan di Restoran Taj Mahal. Servis nya? terlalu lembab! 45 minit untuk hidangan kami sampai. Plan untuk membeli cenderamata di Maputo terpaksa dibatalkan kerana perlu bergegas ke Airport. Di airport, lain pula ceritanya...ingatkan boleh lah membeli belah menghabiskan Metical (mata wang Mozambique) yang ada...tetapi tidak sempat.

Sewaktu check in di kaunter SAA, aku diberitahu bahawa beg aku akan di daftar masuk terus ke Kuala Lumpur. Eh! mana boleh. Kami bermalam di Johannesburg untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada tengahari esok, 18hb Jun. Mengikut staff SAA tu, kami tiada visa untuk ke South Africa, maka beg tidak boleh di daftar masuk ke Johannesburg. Beg aku pula terlalu besar untuk hand carry ke dalam kapal terbang. Maka, dengan kelam kabut, beg aku di punggah semula, pakaian untuk esok hari serta beberapa barang lagi di masukkan ke dalam beg sandang aku yang nasib baik besar itu. Phewww....beg aku lantas di balut..maklumlah..satu malam tanpa pengawasan..macam2 boleh jadi...urusan mendaftar masuk beg, mendapatkan pas masuk selesai. Ingatkan boleh membeli belah sekejap di Airport..tapi waktu terlalu suntuk...maka terus masuk untuk celar kan kastam...

Passport -- clear
Scanning -- clear

eeh...ehh...kejap...lepas scanning, aku ke tepi untuk memasukkan laptop ke dalam beg. Aku di hampiri oleh seorang pegawai kastam di situ..bertanya berapa Metical yang aku bawa keluar. Dengan jujur aku menunjukkan semua baki Metical yang ada...lebih kurang 700 lebih...

Pegawai Kastam: Mam, you only allowed to bring out 500 Metical.
Aku: oh is it? so what do i do with the balance then?
Pegawai Kastam: you can change it out side...(suruh aku tukar to USD la tu..)
Aku: Oh..i can go out then?
Pegawai Kastam: mam..you can help me...you give me 200..
Aku: (dalam hati --ceh mamat ni....korup betul!!!) oohh...then I can go??
Pegawai Kastam: yes...

Di sebabkan masa yang memang dah suntuk, aku malas nak buat hal di situ...maka aku bagi sajalah 200 metical. Dalam hati aku berkata...baik aku bagi semua duit tadi pada driver En Amir tadi...ada jugak faedahnya dari bagi kat mamat kastam yang hampeh nih...tapi tak apalah..200 metical tu lebih kurang Rm26 ajer.

Flight dari Maputo ke Johannesburg lebih kurang 45minit. Sampai di Joburg, selesaikan urusan kastam dan segalanya. Check in Intercontinential Hotel (belakang airport, 200 meters ajer). Terus berehat hingga pagi. Breakfast as usual - bread, some cereal and omelette. Hajat hati nak ke Apartheid Museum, tapi di beritahu oleh hotel, perjalanan untuk ke muzium dari hotel mengambil masa lebih kurang 45 minit. Walaweiii...mana boleh...kena daftar masuk jam 11. Muzium buka jam 10..perjalanan sahaja melebihi sejam..kalau pergi juga, mahu ada yang tertinggal kapal terbang. Maka, kami mengambil keputusan membeli belah dan berjalan-jalan di dalam Airport sahaja...harga barang memang lah mahal...tapi apa nak buat...

Selesai membeli belah, pulang ke hotel untuk mengemas barang dan check out. Urusan di kaunter MAS (Business Class) agak lambat. Tidak tahu kenapa...penat juga menunggu selama setengah jam...nasib baik lah dapat seat yang aku nak..di sebelah tingkap...

Ke kaunter tax reimbursement tapi malang sekali sebab barang-barang yang aku beli dah aku daftar masuk ke dalam kargo. Untuk mendapat tax reimbursement, barang perlu ditunjukkan sebelum mendapat pengesahan pegawai berkenaan. Di Afrika Selatan, kita akan mendapat kembali tax untuk barang-barang yang dibeli. Agak banyak juga tax yang ku bayar..tapi tak apalah..tak ada rezeki...

Sebelum masuk ke balai berlepas, kami makan tengahari di restoran Nandos. Agak lama berehat kerana masih awal lagi untuk masuk. Selesai makan, berlegar2 sekejap dan masuk ke balai berlepas...berjalan-jalan lagi...ingatkan nak ke British Airways Business Lounge, tapi memandangkan masa sudah suntuk maka tidak lah ku pergi. Tetapi...kecewa..sebab flight delay! Setengah jam lamanya...

Sewaktu perjalanan ke pintu masuk A3, terserempak dengan pramugara yang dari penerbangan datang i.e Azuan..."Eh, Cik Yus...balik hari ni juga?" dia menegur. "ha'ah" aku menjawab...waahh comel nye dia..*wink*wink*

Jam 2.00 petang baru semua penumpang masuk ke kapal terbang..the moment I step in into the air craft I already felt like home...seeing familiar faces & hearing familiar language..."It's good to be home.." itu yang di ucapkan aku setelah menjejak kaki ke dalam kapal. Kata-kata aku di sambut dengan senyuman oleh pramugari bertugas. Aku ditunjukkan tempat duduk. Setelah meletakkan beg. Aku terus menghantar SMS kepada orang di KL.

Ketua Pramugara : Jangan risau Cik Yus, kita akan sampai on time...
Aku : (sambil mengangkat muka dan tersenyum)...mana tahu saya sms psl tu?
Ketua Pramugara : sebab saya pun buat benda yang sama..been away for 10 days dah...
Aku : ohh ye ke...hehehe

Seterusnya selama 10 jam di dalam kapal..aku layan movie dan tidur...nak berborak..tiada orang pulak di sebelah... ;-)

Penerbangan MH202 selamat mendarat di KLIA pada 0550am...Alhamdulillah....

11 Komen...:

Fariz@FB said...

it make us more appreciative of our own country kan?

Faiz@FB said...

x sampai 30 dollar pon 700 meticel tu pon diorang x kasi bawak kuar... taktik pegawai kastam tu je kot... corruption di mana2 sahaja...

yus.my said...

angah: yuppp betul...masa kt sana...rasa sentiasa bersyukur sgt hidup di malaysia..jadi rakyat malaysia..walaupun dgn jem, dgn politik mcm skg ni, tetap bersyukur...sekurang2nya negara kita membangun dgn megah...compare dgn dorang yg tak der apa..belum tgk Mauritania lagi...lagi 2x sedih dr Mozambique...

faiz: biasala tuuu..nk wat cam ne kn...

sis: ha'ah laaa...citer kena bersambung lagi...malam g layan ayam dara dgn brother & sister...gamat kedai kakak ayam dara tuu...hehehehe...

Azmeir@FB said...

best baca..travel log kak yus.. :)

Amie@FB said...

nak baca.. tapi cam malas.. tapi nampak best jekk .. xpe.. nanti saya baca.. huhu..

yus.my said...

azmeir: tq..tq..not all captured actually..
amie-san: hehehehe...speed reading jee...

Kak Z@FB said...

ingatkan ada selit citer abg cheetah td... hehehe... nyway, nice post... suker laa.. : P

yus.my said...

hihihihi...next trip klu ada rezeki g african country kita selit citer cheetah ekk...

CheRaMicHe said...

kak yus,

en amir tu muke cam chinese ke? pernah keje kat Petronas Yemen? if so, i know that guy. If not, just ignore this note :)

yus.my said...

eerrmm..he looks like chinese..dia mmg posting overseas dh berbelas tahun dh...not sure whether yemen is one of it...

Adam@FB said...

another experience!