Monday, May 18, 2009

TAHAN Series: Second day...OMG!!! mencanaknya...

3.05.09

6.00am
- Bangun, bersiap, masak, kemas barang dan bersedia untuk perjalanan seterusnya.

8.20am
- Mendengar taklimat dari guide kami. Trek perjalanan yang dijangka lebih lebih teruk dari semalam.
- Perjalanan dijangka mengambil masa yang agak lama, lebih kurang 10 jam dan dijangka sampai ke Camp Site seterusnya agak lewat dalam 7 lebih.
- Trek pula dijangkakan mencanak sahaja sepanjang perjalanan.
- Sesi memanaskan badan dilakukan oleh Aiman dan doa dibacakan oleh Firdaus sebelum perjalanan dimulakan.

8.30am
- Perjalanan dimulakan.

9.28am
- Berhenti rehat sekejap di Permatang.
- Perjalanan diteruskan untuk ke Kubang - destinasi berehat seterusnya.
- Sepanjang perjalanan Firdaus berada di belakang aku. Ish tension! sebab asyik kena pushed aje..tapi syukur alhamdulillah..kalau tak ada diorang semua sure aku dah give up dah! thanks all..

12.18pm
- Berhenti makan tengahari di Kubang.
- Oleh kerana dijangkakan kami akan tiba di Kem Botak agak lewat, maka 4 orang kuat KOMA telah ditugaskan untuk memecut terus ke camp site untuk mendirikan khemah dan memasak nasi. Mereka2 yang gagah ini adalah Firdaus, Coco, Aiman dan Amie.
- Ahli kumpulan yang lain meneruskan perjalanan seperti biasa. Menuju ke pit stop yang seterusnya iaitu Bonsai.

5.15pm
- Kumpulan yang terakhir, iaitu aku, zana, cikgu haron, nurin & ijoi & Senin (guide kami) sampai di Bonsai.
- Kumpulan yang kedua berhenti berehat sekejap di Anak Bonsai dan Bonsai.
- Telah dimaklumkan bahawa kumpulan pertama yang shoot terus ke Kem Botak telah sampai.

6.30pm
- Kumpulan kedua sampai di Kem Botak.

7.10pm
- Kumpulan terakhir sampai di Kem Botak.
- Aku rasa trek hair ini memang mencabar. Mencanak dari awal hinggal lah ke Bonsai.
- Dari Bonsai ke Bukti Botak, trek aku rasa okay tapi sakit kaki sebab berbatu. Terasa jauh walaupun boleh nampak kumpulan kedua dihadapan kami berjalan menuju Kem Botak.
- Sumber air okay. Walau tiada sungai tetapi dekat sahaja.
- Cuaca alhamdulillah, tidak hujan tapi sejuk yang teramat sangat. Menggigil dibuatnya.
- Siap2 mandi, tukar baju, makan, sembang2 dan tidur.

Jumlah masa perjalanan: 10 Jam 40 min.
Trek: Kem Kor – Permatang – Kubang – Berlumut – Bonsai – Bukit Botak
Keadaan trek: Mencanak sepanjang masa, trek batu bila dah sampai Bonsai untuk ke Bukit Botak.

Ready for the second day of adventure...


had our lunch here at Kubang

terjumpa makhluk Allah ini sewaktu dalam perjalanan ke Bonsai..warna hijaunya cantik...

Subhanallah...sungguh cantik permandangan dari Bonsai ke Kem Botak

ggrrrr.....sejuknya lah....selepas makan malam di Kem Botak

0 Komen...: