2.05.09
5.30am
- suara Aiman sudah kedengaran menggerakkan semua orang.
- semua orang bangun, mandi, kemas barang, masak untuk sarapan, bersedia untuk declare barang.
- semua orang bangun, mandi, kemas barang, masak untuk sarapan, bersedia untuk declare barang.
9.30am
- Semua proses declare barang2 selesai. Berkenalan dengan guide kami – Senin & Din. Sedikit taklimat dari mereka. Sebelum bergerak, doa dibaca sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Juram.
9.45am
- Perjalanan ke Kuala Juram menaiki 4WD.
- Debaran semakin terasa. Ketawa dalam hiba...
10.05am
- Sampai di Kuala Juram.
- Beg diturunkan dari 4WD. Mengambil kesempatan untuk bergigam sekejap ;-p
- Taklimat ringkas dari Guide mengenai trek hari ini.
- Senaman memanaskan badan sebelum memulakan perjalanan.
10.30am
- Perjalanan menjelajahi Hutan Tahan bermula.
12.30pm
- Berhenti rehat di Kuala Luis. Masak untuk makan tengahari. Malangnya group kami, tak dapat nak minum air panas sbb dua kali air yang dibuat tertumpah..tak ada rezeki…
1.15pm
- selesai makan tengahari, perjalanan diteruskan untuk ke Camp Site i.e Kem Kor.
4.05pm
- sampai di Camp Site yang pertama - Kem Kor.
- Menaikkan fly sheet & Ground sheet untuk centralised camp.
- Masing2 mengambil tapak untuk memasang khemah. Aktiviti memasak dimulakan.
- Hujan di malam hari . Suasana Agak sejuk & kawasan menjadi lecak.
- Sumber air sangat dekat. Terdapat sungai berhampiran dengan camp site.
- Di camp site itu juga ada sekumpulan pendaki lain yang dalam perjalanan turun ke Merapoh juga bermalam di situ.
- Setelah makan malam, aku zzzzz awal...sebab esok dimaklumkan trek akan lebih mencabar.
Jumlah masa perjalanan: 5 Jam
Trek: Sg Relau – K.Juram – Kuala Luis – Lata Luis - Kem Kor
Keadaan trek: Berbukit, mendatar, menuruni bukit. Agak biasa bagi sesiapa yang dah biasa mendaki gunung. Tapi bagi aku trek mencabar jugak.
Jumlah masa perjalanan: 5 Jam
Trek: Sg Relau – K.Juram – Kuala Luis – Lata Luis - Kem Kor
Keadaan trek: Berbukit, mendatar, menuruni bukit. Agak biasa bagi sesiapa yang dah biasa mendaki gunung. Tapi bagi aku trek mencabar jugak.
menunggu masa nk declare barang2
all ready and geared up for the next 6 days adventure
berehat sebentar...melepaskan lelah...
malam hari di Kem Kor...tgh duk hujan lagi ni..masing2 duk mencangkung sbb nak duduk ground sheet basah...huhu...



0 Komen...:
Post a Comment