6.05.09
5.30am
- bangun, solat, masak breakfast dan berkemas.
- rancangan asal, bertolak dari Kem Teku jam 6.30 pagi kerana kalau lewat, takut diserang lebah. Tapi end up, jam 7.30 baru bergerak meninggalkan camp site.
- Oleh kerana keadaan tergesa2, maka tiada senaman memasankan badan dan mahupun sesi taklimat oleh Guide.
7.30am
- Perjalanan dimulakan.
- Tema pada hari ini adalah meredah sungai. Tah berapa byk sungai yg diredah. Yg kecik, yg besar..semuanya ada.
- Berhenti untuk makan tengahari di Kem Putih. Sebelum memeruskan perjalanan mendaki Gunung Rajah.
- Seksanya nak sampai Gunung Rajah...sepanjang perjalanan mendaki itu, dalam hati aku berkata "kenapalah aku buat kerja gila nih..tak ada sakit cari sakit..."
- Aku rasa geng2 sweeper kat belakang aku dah bosan dah kot sbb kena motivate aku untuk keep on moving.
- Dah abis lagu dorang nyanyi sepanjang perjalanan mendaki Gunung Rajah.
- Yang paling best...koleksi lagu2 nasyid yang dinyanyikan...insaf la sekejap aku...
4.00pm
- Sampai di Gunung Rajah. Setelah berehat lebih kurang setengah jam, perjalanan menuruni Gunung Rajah dimulakan untuk ke Camp Site terakhir iaitu Kem Tengah.
5.45pm
- Kumpulan kedua sampai di Kem Tengah, kumpulan pertama sampai lebih awal manakala kumpulan terakhir sampai lebih kurang jam 7pm.
- Sumber air amat terhad. Terpaksa turun ke bawah bukit. Keadaan yang sudah gelap menyukarkan pergerakan.
- Bersihkan diri, solat, makan & tidur.
Jumlah masa perjalanan: 10 Jam 15 min.
Trek: Kem Teku – Kem Putih - Gunung Rajah – Kem Tengah
Keadaan trek: Meredah sungai yang besar. Alhamdulillah keadaan air sungai yang berada diparas boleh dilalui memudahkan perjalanan. Terima kasih kepada cuaca yang amat baik pada malam sebelumnya. Ini kerana, jika hujan lebat malam sebelumnya, air sungai akan naik dan ini mustahil untuk dilalui, maka terpaksa menggunakan jalan darat. Ini akan menyebabkan perjalanan akan mengambil lebih hari untuk sampai ke Kuala Tahan. Pendakian Gunung Rajah adalah satu penyeksaan bagi aku. Terus-terusan mencanak sehingga ke puncak. Walau ketinggian cuma 571 meter, tetapi seksaan memang tidak terkata.
KATA MAK, KATA DOKTOR
3 hours ago



2 Komen...:
seronok jugak dapat tahu pengalaman you mendaki Gunung Rajah. Saya da niat gak nak mendaki gunung ni. Insyaallh, bulan August kut. Keep blogging!
hi radzi,
thanks for stopping by here.. ;-p
alahai..sikit2 je pengalaman mendaki tu..ke Tahan nnt via apa? merapoh-merapoh, merapoh-kuala or kuala-kuala? braper org pegi?
utk guide..i suggest u boleh request guide kitorang ni...dorang mmg best! sekepala dgn kitorang..
well..keep on training for mountaineering..wish u all the best..
oh..and please drop by again.. ;-)
Post a Comment