Saturday, April 25, 2009

TAHAN Series: Intensive Training

Bertempat di Taman Metropolitan a.k.a. Taman Layang-Layang, Kepong, satu lagi latihan intensif untuk TAHAN Climbers (TC) dilakukan. Latihan dikendalikan oleh Tuan Pengetua KOMA i.e Papa Jai.

Masa yang dijanji kan untuk semua berkumpul adalah jam 7.30 pagi. Tapi bila kami sampai (aku & huda), yang kelihatan hanya Papa Jai & Farid selaku Team Manager of the day sahaja yang kelihatan...mana yang lain2 ni? on the way kot...oh, tak lupa..Siri latihan kali ini juga disertai oleh ahli terbaru KOMA i.e Atan (yang nak pergi TAHAN tapi tak jadi...). TC yang hadir -- Aku, huda, aiman, amie, zana, zahir, coco, nurin, uyun, lina, ijoi. TC yang lain tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah semuanya TC yang patut hadir ada, sesi dimulakan.

"Ok...korang akan berlari se slow yang mungkin, selama lebih kurang sejam setengah non-stop" jai memulakan.
"hah? slow?" sampuk seorang. Selepas itu macam-macam lah sesi soal jawabnya...kalau tidak bersoal jawab..bukan KOMAites namanya lah.. ;-)

Setelah semuanya bersedia, larian dimulakan....
Berlari dalam satu barisan, berdua dengan buddy masing-masing.
Tidak boleh memintas orang dihadapan.
Berlari seperlahan yang mungkin dan ikut step orang di hadapan sekali.

Slow..memanglah step aku pun..so ok lah..tak lah pressure sangat. Tapi kena tahan lah untuk sejam setengah tanpa henti. Aiman & Huda berada di depan sekali atas arahan Jai. Diikuti oleh aku & Lina, belakang aku Uyun & Zahir. Yang belakang-belakang aku tak ingat dah...yang pasti, Zana dibelakang bersama Atan. Acap kali aku ditegur Aiman supaya mengangkat kaki sewaktu berlari... ;-p terima kasih Aiman...

Trek di Taman ni boleh lah tahannya...ada part yang berbukit. Treknya besar...satu pusingan itu mengambil masa lebih kurang setengah jam dengan larian perlahan kami itu.

Setengah jam pertama berlari ok lagi..masing-masing sibuk menyanyi..segala macam lagu keluar. Dah macam iklan bergerak pun ada..hihihi...

Dengan pace larian sebegitu, aku masih maintain lagi..lari saja..tapi aku rasa kesian lah dengan orang-orang yang dah biasa step besar & laju seperti aiman,zana & coco. Memang sakit lah nak get used to the pace.

Sejam yang terakhir memang sakit lah...banyak lari setempat, then slow giler. Kali ini, aku & Lina pulak di depan. Mula, trek menuruni bukit..ok lagi..walaupun kaki dah mula kebas dah...lepas tu, trek menaik pulak..mak aiii..seksanya...tapi tahan lagi...yang paling seksa sekali bila trek menaik dengan ala-ala melompat kaki, ke belakang....10minit pertama, trek baru nak membukit, aku masih mampu untuk berlari dengan melompat. Minit2 seterusnya, keadaaan semakin tensed. Semua sudah tidak menyanyi riang lagi, yang kedengaran hanya suara tension mengatakan kaki sakit dan sebagainya...Kedengaran suara Aiman yang menjerit kepada orang2 berkenaan untuk berlari mengangkat kaki..termasuk lah aku yang kerap kali dijerit aiman. Aku banyak mengelat sebab sakit nyer kaki tak tekira. Aku buat setakat mana yang aku termampu.

Aku faham kenapa perlunya latihan sebegitu sebab trek di Tahan nanti 10 kali ganda susah. Jadi biarlah kita membiasakan diri dengan keadaan sebegini.

Habis larian, sesi latihan setempat pulak. Buat Star Jump lah, "basikal" lah, "gunting" lah..dan beberapa gerakan kaki yang lain. Aku rasa time buat Start Jump paling seksa. Dah melompat tu, kena duduk mencangkung, tak boleh bangun. Bayangkan lah pressure kat lutut tu...lagi sikit je aku rasa aku nak menangis. Sakit weh...tapi tahan..tahan...

Aku rasa orang-orang awam yang berada di taman waku itu mesti pelik melihat gelagat2 KOMAites yang giler, berlari giler slow dalam satu barisan & buat latihan setempat ditengah2 panas terik.

Selepas itu, sesi makan pagi, skating sekejap, then wrap up oleh Jai. Antara inipati pesanan yang aku dapat dari sesi kali ini:

  1. Semua orang kena give and take. Semua orang penat nanti..jadi kena pandai control emosi masing2. Tak nak sentap-sentap. Kalau tak...gaduh besar dibuatnya.
  2. Jai kata, ramai orang lepas Tahan...gantung beg...alamak aiii..jangan lah...beg ku baru dibeli..takkan dah nak gantung kot...hihihi...insyaallah harap2nya tidak bagi aku.
  3. Ikut kata Zana sebagai Team Leader. Bantu dia untuk bantu diri kita.
  4. Daus & Aiman -- back up Zana.
  5. Coco -- "senjata rahsia KOMA". Punya energy yang superb dan perlu digunakan sebaik yang mungkin.
  6. Ijoi -- (JP)
  7. Nurin & Huda -- "Logger" -- perlu catat setiap benda yang berlaku, bila start jalan, kat mana berhenti, jam berapa, apa berlaku dan sebagainya lah..bukan apa...itu untuk rujukan semua nanti.
  8. Aku -- kata Jai orang yang akan membuatkan team members yang lain bersatu -- "misi menyelamatkn kak yus" katanya...ha ha ha ha...Jai mungkin risau sebab aku adalah antara team member yang boleh dikatakan terlemah & terlembab. ;-p
  9. Banyak lagi pesanan-pesanan, concerns dan nasihat-nasihat Jai kepada adik-adiknya yang akan menawan puncak Tahan nanti.

Aku respect dengan Jai...sanggup bersusah payah kerana kami. Sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih Jai! kau mmg best!

Papa Jai

Sesi latihan tamat jam 12 lebih.

15 Komen...:

Aiman Lefty said...

nk commnet kt blog kak yus tp tak dpt... saje nk cakap satu jer... 'Wah, FULL REPORT!!!'

hehehe..

Adam Boola said...

sama le kite nak komen kat blog tak bule tak tau nape...nak ckp usaha kuat pasti mendatangkan hasil yg hebat... teruskan usaha dan perjuangan mu KY... i knw u can do it... go KY go KY...huhu~

yus.my said...

aiman -- time ada idea menulis ni..tulis je.. ;-p
adam -- tq for the support...more stories about Tahan will come...insyaallah...

Coco said...

Nice report...hebatlah KY boleh ingat apa yang berlaku hari tu.....Misi menyelamatkan KY....rasa macam Mercy Malaysia pula..

yus.my said...

Mercy Malaysia di Gunung Tahan...kih kih kih...

Maisarah said...

Baca report nih, rasa bangga laks Jai tu abang aku..
Sblom ni segan dowh nak ngaku..
Ye laa, mamat tu kan mereng sket..
Wakakakaka..

yus.my said...

huhu bangga dowh klu ada abg mcm jai...

Zalhatun Nazira said...

akak sarah, terasa mcm nk setuju gak ngan statement last tuh, tp stuju senyap2 jer la ek.. hehehe..
tp mmg bangga la... ada suami mcm papa jai tuh.. huhuhu

Nurin said...

TQVM. Bgus2....ada bkat jd logger nih heee

yus.my said...

huhuhu...logger apoint logger ekkk...
akak mmg slalu take note setiap xtvt...for my blog update...

Ahmad Faizal said...

KOMA TC.. keep on singing!!!!!!

yus.my said...

aiiyyoo..papa jai dh request lagu...

CheRaMicHe said...

Kak yus, hi again! wah.. insentive sungguh training utk Tahan, but dont over do it dah :P selamat berjaya menawan G. Tahan, for me, ketahanan mental cabaran yang paling besar. Make sure stuff mcm powergel, dehydration salt ada bawak, berguna gak.. powergel utk instant energy, dehydration salt utk avoid cramp.. dont forget to wrap all you stuff ngan plastic, and jgn lupe disposable rain cover :) it might come in handy.. kalu x dpt guna cover diri, buat tadah air ujan utk minum :P

all the best then for the others as well!

tschuss!

Nurin said...

"OK Coco, nak nyanyi lagu aper nih...nyanyi ler lagu yg ktorg leh nyanyi sma2"...dialog wajib CPS nih

yus.my said...

huhu daud..thanks for the wish & doa..insyaallah we'll be just fine.