Bangun seawal jam 5 pagi untuk menyiapkan makanan untuk picnic hari ini. Ya, KOMA nak berpicnic hari ni...tempat nya? To Be Confirmed...sebab ada sedikit masalah teknikal yang menyebabkan cadangan asal iaitu ke Bentong terpaksa dibatalkan dan akan digantikan dengan tempat yang lain.
Selesai memasak sardin untuk sandwich & nasi goreng, terus bersiap-siap sebab janji utk RV di tempat biasa tepat pada jam 8 pagi. Perlu pick up ijol, kemudian amie & seterusnya ke RV point. Tiba di RV point tepat pada waktunya. Seperti selalu, WLW Red Optra telah sedia menanti...oooppss..."angah dah sampai dah...". Seketika kemudian, diikuti oleh WRA Silver City. WNH Silver Civic menyusul dan akhirnya, WSA Gold Rush. Persetujuan di capai - makan pagi dahulu kemudian ke tempat berkelah.
Selesai sarapan pagi, keputusan di capai - berkelah di Ulu Yam. Ok..so let's roll...
Rasa I - Kecewa
Semuanya 5 kereta yang akan berkonvoi - WLW Red Optra, WRA Silver City, WNH Silver Civic,WSA Gold Rush dan aku sendiri - ordinary national car - WKT Silver Iswara. Pada awal perjalanan, semuanya okay sehingga pada satu tahap ketika kesemua mereka meninggal WKT Silver Iswara di belakang. Bukan marah kerana ditinggalkan - kerana tahu WKT aku tidak setanding mereka. Tetapi kecewa kerana jika sudah namanya berkonvoi..apakah patut ditinggalkan teman2 dibelakang?
Semuanya memecut laju tak ingat dunia di jalan Ulu Yam yang berselekoh itu...ada juga yang memotong secara merbahaya...barangkali tidak mampu mengikuti keretaku yang pada nya TERLALU PERLAHAN. Serta merta rasa marah yang teramat. Aku tahu dia mampu untuk memecut lebih laju tetapi..apakah wajar keselesamatan diri & sahabat yang lain menjadi taruhan? "He's going to get a piece of my mind!". Dua adikku yang di dalam WKT Silver Iswara terpaksa menadah telinga mendengar bebelan kakak nya ini.
Kerana suka sangat memecut laju, lantas semuanya sudah tersesat, terlepas jalan! Hah...itu lah..Kemarahan aku terhambur keluar sejurus kereta diberhentikan. Semua yang terlibat kena tempias. Aku geram!
Semua terpaksa berpatah balik menuju destinasi yang sepatutnya. Kali ini mereka semua "lebih bersopan" bila berkonvoi.
Sampai di tempat berkelah, kami meneruskan aktiviti yang wajib - mandi & makan. Tapi aku malas nak basahkan baju, hanya duduk ditepi sungai dan memerhati kerenah orang sekeliling. "baik tak yah datang picnic kan kalau gitu.." :)
Satu perkara tentang diri aku ialah apabila berada di dalam crowd yang ramai, kadang-kadang aku akan berubah menjadi kurang bercakap dan hanya memerhati terutama jika terdapat banyak perkara difikiranku waktu itu.
Rasa II - Marah
Aktiviti riadah kami berakhir pada jam 3 petang. Masa untuk pulang. Setelah barang dikemas, kami berjalan menuju parking kereta. Sudah lah panas terik, penat memanjat tangga yang tinggi dan membawa barang. Aku lihat kereta aku berada ditengah2 antara kereta kancil (park di hadapan aku) dan iswara (park dibelakang aku). "There's no way that my car can go out! damn it!!". Suhu darah aku sudah naik dan mendidih ke tahap kritikal. Barang aku hempap di kereta dibelakang kereta aku. Angin puting beliung aku sudah ada tanda untuk bertiup apabila aku mula bercekak pinggang. "relax la kak...cool la..." kata seorang adikku. Dalam hati aku berkata "huh! relax kata kau?". For your info,I can easily loose control of my self when i'm tired.
Semua orang mencuba untuk menolak kereta kancil & iswara itu tetapi tidak berjaya. Rasa marah aku masih tidak hilang. Aku marah kerana pemilik kereta kancil putih itu seorang yang tidak berhati perut dan juga bodoh!. Sakit hati sangat-sangat.
Marah aku tidak lama apabila, pemilik kereta yang parking disebelah aku datang dan memandu pulang. Alhamdulillah.
Sampai di rumah Nurin lebih kurang pada jam 3.45 petang. Dalam perjalanan dari Ulu Yam ke Ampang, kami mendapat berita anak saudara kepada Huda yang berusia 3 bulan telah meninggal dunia, Innalillah....
Huda pada mulanya ingin mengikuti aktiviti berkelah ini, tetapi tidak jadi kerana anak saudara nya itu terpaksa dimasukkan ke hospital. Aku, Nurin dan Ijol akan berziarah keluarga Huda. Kerana pada pendapat aku, walaupun itu anak saudara Huda, itu tetap ahli keluarga Huda dan sebagai kawan, aku rasa amat wajar untuk berziarah. Pesanan ringkas dihantar kepada CK, Daus, Aiman & Amie - mempelawa untuk berziarah. CK tidak dapat menyertai. Daus, Aiman & Amie akan turut serta.
Janji untuk bertemu di tepi lebuh raya berlarutan dari jam 5.15 petang ke 6 petang. Tercangaklah tiga beradik di tepi lebuh raya itu. :) . Setelah yang ditunggu telah tiba, perrjalanan ke rumah Huda hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tidak lama kami di rumah Huda kerana tuan rumah agak sibuk untuk ke masjid bagi majlis tahlil. Ucapan salam & pelukan kami berikan untuk ibu arwah Adik Adni. Semoga ditabahkan hati menghadapi hari-hari yang mendatang.
Rasa III - Keliru
Kerana waktu telah hampir senja dan sudah tiba untuk makan malam, maka kami mengambil keputusan untuk makan malam di Bangi.
"kak kita makan di tempat hari itu lah.." seorang adik ku berkata.
Aku menjawab "ok..tempat hari tu yang kita makan kan?" Restoran Sup Gear Box di Bandar Baru Bangi terus terpampar diingatan aku sebab di situ aku pernah makan malam dengan adik ku itu. Tanpa aku sedari sebenarnya lain yang dimaksudkan.
Rancangan tempat untuk makan bertukar ketika dalam perjalanan. Aku memikirkan jarak yang jauh untuk pulang ke KL, maka aku memilih untuk makan di seafood restaurant berdekatan PERMATA Bangi. Tetapi tidak menjadi juga untuk makan di situ kerana:
- Adik-adik ku yang berdua itu hendak makan di Restoran minggu lepas. La...Village View ke? kenapa tak bagitahu terus tadi?
- Walaupun sebenarnya Nurin & Amie sudahpun duduk, tetapi kami menggunakan alasan untuk menunaikan solat maghrib.
- Pelayan di kedai tersebut rasanya perlu lebih menghormati pelanggannya. Adakah patut, menu hanya dilemparkan ke meja kami? ish ish ish..tiada adab sopan lansung. Jadi, kami ada alasan yang lebih kukuh untuk tidak makan di situ.
Kami singgah di masjid di bandar baru bangi untuk menunaikan maghrib sebelum ke restoran village view.
"kak, jauh ke restoran tu?" tanya Daus. " tak lah..dekat ni aje..yang lagi satu tu agak jauh, tapi restorang village view yang lagi satu tu dekat sini aje.." aku membalas. Ok sahaja aku tengok dia & Aiman. Tiada perubahan pada mood. Masing-masing ok.
Kami sebenarnya tidak ke Restoran Village View kerana aku tersalah restoran. Restoran Village View sebenarnya berada di tempat lain. Pengesahan hanya aku dapat dari Adam setelah makanan dipesan. "Errrmm...tak apa lah..makan saja lah.."
Ketika ini aku lihat Aiman bersikap lain macam. He is not his usual self. Diam & tidak memandang mata aku. Pelik. Manakala Daus pula masih tidak masuk ke restoran sehingga lah pesanan makanan kami tiba. Sejurus daus tiba, dia pulak tak nak makan...sedangkan tadi dia yang beria nak makan. Tambah lagi pelik & keliru aku. Apa dah jadi ni? kenapa dua adik aku ni berperangai pelik? Semuanya berlaku dalam masa yang singkat...
Sesungguhnya saat itu aku rasa suasana terlalu tense. Hanya sepatah dua yang keluar dari mulut masing-masing. Aku tidak betah berada di dalam situasi sebegini. Aku menikmati hidangan dalam keadaan yang gundah gulana memikirkan sebab musabab kepada keadaan yang begitu tegang pada pandangan ku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Yang seorang hanya tunduk membaca majalah. Tidak mahu minum. Tidak mahu makan. Yang seorang hanya tunduk menikmati makanan, lansung tidak mahu memandang mata aku. Sedangkan aku tahu...dia sedar tentang aku yang sedang memandang dia. Mungkin kerana mungkin tidak mahu memanjang kan cerita.
Keliru! sungguh aku keliru. Kenapa mereka bersikap sedemikian? Andaian demi andaian aku fikirkan. Adakah kerana aku? Ish ish ish...penat aku memikirkan...
Sehingga saat posting ini dimulakan dan disiapkan, masih tiada lagi balasan SMS dari adik aku yang seorang itu....ini menambah lagi kekeliruan aku!
note: penat!!!!!



2 Komen...:
waaa... lagi besh dia punye weekend... siap gi picnic lagik... huhu~ tentu sronok!!!
Lor... ciannye salah restoran... huhu~ sbb apa tau, sbb tak ajak adam pegi... kekeke~
Maybe aiman & daus penat tu... dun wori le...
huhuhuhu..best picnic...
both of my bros dh ok dh pagi semlm...tp dorang tu mmg cukup terer la buat kakak dia ni bengong kejap...ahaks..
Post a Comment